Sunday, 30 October 2011

Minggu 3 & 4



Minggu Ketiga
isnin(3 Oktober 2011)

Dalam minggu ketiga setiap kumpulan telah diberi tajuk untuk membuat tugasan.Antara tajuk yang diberikan ialah:

1. 21st Century Skills
2. Thinking skills and ICT
3. Internet and Computer Security (Virus, Spam, Phishing)
4. Operating System
5. Original and licensed software
6. Open source Software
7. Web 2.0 in education
8. E-Learning & Mobile learning
9. Netiquette
10. Information Literacy
11. Computer and Society

Saya dan rakan saya telah memilih tajuk yang ke-4 iaitu operating system.Saya memilih tajuk ini kerana berpendapat bahawa dalam era negara yang sedang pesat membangun sekarang,setiap pelajar telah menggunakan kaedah pembelajaran berkomputer yang bertindak sebagai perantara antara user dengan perangkat keras komputer.Saya dan rakan saya berbincang melalui 'facebook group' kerana kami tidak sempat untuk berjumpa antara satu sama lain.Dia berada di kolej lain.Jadi kami memustuskan untuk menggunakan laman 'facebook group' sahaja untuk berbincang dan bertukar-tukar pandapat.Penggunaan 'facebook group' sangat efisyen kerana kami boleh berbincang pada bila-bila masa sahaja.Masa perbincangan kami juga tidak terhad.Rakan-rakan lain yang mendapat tajuk sama seperti kami juga ada memberikan pendapat masing-masing...

Ini adalah rumusan saya untuk minggu ini.

Apa itu Sistem Operasi?


 Sistem operasi komputer ialah perisian yang mengawal program-program komputer dengan menetapkan masa proses perlaksanaan,pemeriksaan kesalahan,mengawal input dan output,melakukan perhintungan,simpanan,pemprosesan data,serta pelbagai bentuk perkhidmatan yang berkaitan.

Bagaimana ia berfungsi?
1:Pengurusan processor
Menyelesaikan tugas yang perlu dilakukan ke dalam perintah yang lebih kecil dengan keutamaan tertentu sebelum mengirimkanya ke prosesor.
2:Pengurusan memori
Menyelaraskan aliran data yang masuk dan keluar ram dan menentukan keperluan simpanan data melalui virtual memori.
3:Pengurusan device
Berfungsi sebagai penghubung antara mana-mana yang disambung dengan komputer termasuk mengatur dan memanipulasi (hardware)komputer seperti hardisk, printer, disk, keyboard, mouse, dan monitor.
4:Pengurusan storage
Menguruskan fail dalam pelbagai media simpanan seperti floppydisk, hard drive,compact disk, (cd), dan tape serta menguruskan kemungkinan kehilangan data.
5:Permohonan dan antara muka pengguna
Sistem operasi dapat menyediakan komunikasi harga dan Pertukaran data antara perisian program komputer.Selain itu, sistem operasi juga menyediakan antarmuka (interface) bagi penggunaan sehingga lebih mudah dan berkesan.

Dimana ia diperkenalkan?

Siapa yang menggunakannya?

























No comments:

Post a Comment